Kajian telah mendapati susu kambing adalah susu yang terbaik selepas susu ibu kerana mengandungi sumber nutrien seperti berikut:
- Tenaga
- Protein
- Lemak
- Karbohidrat
- Gula
- Kalsium
- Zat Besi
- Vitamin A
- Vitamin B2
- Vitamin C
- Vitamin D
- Vitamin B12
- Asid Folik
- Inositol
- Sodium
- Potassium
Banyak bukan…?
Ramai juga yang telah mengamalkan Susu Awal Lembu sebagai pemakanan tambahan, tetapi yang mana lebih baik, adakah Susu Lembu atau Susu Kambing?
Kajian saintifik juga telah menunjukkan bahawa:
- Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan
- Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
- Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
- Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
- Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik
- Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu. Sila lihat data di bawah :-
- Protein 2.1 kali ganda
- Kalsium 2.2 kali ganda
- Zat Besi 2.0 kali ganda
- Potasium 2.1 kali ganda
- Vitamin A 3.8 kali ganda
- Garam Galian 2.0 kali ganda
- Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
Ternyata pengambilan susu kambing dalam pemakanan seharian kita akan menjamin kesihatan yang baik buat kita dan ternyata juga susu kambing lebih baik dari susu lembu.
Susu kambing juga sering dijadikan bahan membuat… dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri komestik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur. Produk kesihatan dan kecantikan berasaskan susu kambing ini terbukti memberi kesan positif kepada ramai pelanggan kerana kebaikan semulajadi susu kambing itu sendiri.